Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amelina akur kemunculan semula kurang impak

    KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut sensasi, Amelina, mengakui kemunculan semula dirinya di persada muzik tempatan sejak kira-kira dua tahun lalu bagai kurang meninggalkan impak.

    Amelina atau nama sebenarnya Nurazlina Amir Sharifuddin, 43, bagaimanapun menganggap beliau masih ‘selamat’ kerana namanya pernah popular satu masa lalu.

    Bahkan, beliau bertuah kerana masih boleh bergantung pada lagu lama dalam mengorak langkah di arena muzik, meskipun turut mempunyai single terkini, Cinta Harus Seksi.

    “Saya lihat, kemunculan semula saya diterima kerana bergantung pada nama dan lagu saya yang pernah popular sebelum ini.

    “Hendak dikatakan karier saya kurang menjadi, tidak juga. Cuma kehadiran saya ini tidaklah memberi impak yang begitu kuat meskipun single Cinta Harus Seksi menerima maklum balas yang baik,” katanya.

    A_080417

    Penyanyi yang popular pada era 90-an dengan lagu Rindu dan Semakin Rindu Semakin Asyik itu bagaimanapun enggan berputus asa, malah berusaha untuk mencari strategi baru untuk kekal relevan di dalam industri hiburan tanah air.

    Amelina mengharapkan kelainan dan impak baru dalam kariernya tahun ini bersama beberapa perubahan dilakukan, termasuk dari segi imej dan pemilihan lagu.

    “Kadang-kadang, imej saya bawakan ada masanya bagai tidak kena. Malah, saya kini sedang menguruskan badan untuk tampil lebih yakin. Nak cari baju pun senang,” katanya berseloroh.

    Kata Amelina, sejak berusaha untuk tampil lebih langsing, beliau berjaya menurunkan enam kilogram (kg) daripada berat badan asalnya 70 kg.

    “Matlamat saya sekarang adalah untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Ia sekali gus memberi keyakinan pada diri saat memenuhi undangan nyanyian,” kata wanita peramah ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda