American Airlines mungkin pecat 25,000 kakitangan

DALLAS, 16 JULAI – American Airlines memberitahu kira-kira 25,000 pekerja mungkin akan kehilangan pekerjaan pada bulan Oktober kerana permintaan yang menurun bagi perjalanan udara, menambah bahawa kesan pandemik tersebut telah menjejaskan industri penerbangan.

Eksekutif tertinggi syarikat tersebut mengatakan kelmarin bahawa jumlah cuti dari bertugas mungkin rendah jika ramai yang mengambil atau menerima separuh bayaran cuti tanpa gaji sehingga tempoh dua tahun.

Dua orang pegawai atasan syarikat penerbangan itu mengatakan mereka berpendapat American Airlines mungkin mengelakkan penggantungan pekerja kerana mereka percaya permintaan bagi perjalanan udara akan ‘terus meningkat’ menjelang bulan Oktober ketika penularan virus semakin berkurang.

“Sayangnya itu tidak terjadi,” kata Ketua Pengarah Ekesekutif Doug Parker dan Presiden, Robert Isom dalam memo kepada pekerja.

“Dan dengan kadar jangkitan meningkat dan beberapa buah negara menetapkan semula sekatan kuarantin, permintaan bagi perjalanan udara kembali perlahan.

Perjalanan udara menjunam 95 peratus sejak awal bulan Mac hingga pertengahan April, kemudian kembali pulih secara perlahan ketika kes virus melonjak di Selatan dan Barat Daya. – AP

American Airlines memberitahu kira-kira 25,000 pekerja mungkin akan kehilangan pekerjaan pada bulan Oktober akibat permintaan perjalanan udara yang menjunam. – AP