Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Amerika Syarikat ketepikan Iran

    DOHA, 30 NOV – Amerika Syarikat (AS) menewaskan Iran 1-0 menerusi jaringan tunggal Christian Pulisic sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2022 di Stadium Al Thumama pada Selasa, lapor Xinhua.

    Iran, tidak pernah mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia dalam lima percubaan sebelum ini, memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk memperoleh empat mata sebelum meneruskan kemaraan.

    Gol pembukaan berlaku pada minit ke-38 apabila pemain sayap Chelsea, Pulisic berjaya menjaringkan gol hasil hantaran lintang Sergino Dest dari sebelah kanan.

    Tim Weah juga hampir menambah kemenangan AS apabila beliau menjaringkan gol pada lewat separuh masa pertama sebelum dinafikan oleh video bantu pengadil (VAR) kerana ofsaid. – Bernama

    Aksi pemain Amerika Syarikat, Christian Pulisic menjaringkan gol kemenangan menentang Iran dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia Qatar di Stadium Al Thumama, Doha. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...