Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    AMIM: Pembukaan sempadan antarabangsa mampu pulihkan ekonomi

    KUALA LUMPUR, 25 FEB – Pembukaan semula sempadan Malaysia tanpa tempoh kuarantin akan menyokong dan mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia, terutamanya untuk industri marin tempatan, kata Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM).

    Presiden Soo Jee Main berkata sejak Mac 2020 hingga Januari 2022, ada antara ahli AMIM yang merekodkan pembatalan projek melibatkan lebih daripada 70 pesanan kerja pembaikan kapal bernilai RM200 juta.

    “Ini ialah kerana sekatan sempadan dan kemasukan berterusan yang dikenakan sejak awal tempoh pandemik menjadikan sukar untuk pelanggan antarabangsa dan pakar teknikal asing kami meneruskan perniagaan mereka dengan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

    Soo menekankan segmen pembaikan kapal, yang merupakan sebahagian daripada industri perkhidmatan maritim Malaysia, sangat bergantung kepada pelanggan antarabangsa dan/atau pakar teknikal dari negara-negara seperti Korea Selatan, United Kingdom, Norway, Greece, Singapura, Jepun dan Jerman.

    Sekiranya pembukaan semula sempadan terus ditangguhkan, ia akan mengakibatkan lebih banyak kerugian peluang kerana pelanggan antarabangsa asing akan memilih limbungan kapal di negara yang sekatan sempadannya lebih longgar,” tambahnya.

    Justeru, pembukaan semula sempadan akan membolehkan pengoperasian semula pernia-gaan yang sangat diperlukan untuk industri maritim, sekali gus menyokong pemulihannya selain menjamin kemampanan industri berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...