Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amir Khan kembali bertinju

    LONDON, 12 Jan – Bekas juara welterweight dunia Amir Khan akan menamatkan tempoh pemberhentiannya selama hampir dua tahun daripada sukan dengan satu pertarungan di Liverpool pada 21 April ini menentang seorang pencabar misteri yang diumumkan olehnya semalam.

    Petinju berusia 31 tahun itu, dengan aktiviti terbarunya dihabiskan dalam program realiti TV di hutan, membuat pengumuman itu bersama promoter tinju Britain Eddie Hearn di mana Khan telah menandatangani satu perjanjian tiga pertarungan.

    Pertarungan terakhir pemenang pingat perak lightweight Olimpik 2004 itu adalah pada Mei 2016 apabila dia meningkat kepada kelas middleweight untuk berdepan dengan petinju professional Mexico Saul ‘Canelo’ Alvarez dan dikalahkan dalam pusingan keenam. (Klik di sini untuk berita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda