Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amir Khan kembali bertinju

    LONDON, 11 Jan – Bekas juara welterweight dunia Amir Khan akan menamatkan tempoh pemberhentiannya selama hampir dua tahun daripada sukan dengan satu pertarungan di Liverpool 21 April ini menentang seorang pencabar misteri yang diumumkannya semalam.

    Petinju berusia 31 tahun itu, dengan aktiviti terbaru dihabiskan dalam program realiti TV di hutan, membuat pengumuman bersama promoter tinju Britain Eddie Hearn di mana Khan telah menandatangani satu perjanjian tiga pertarungan.

    Pertarungan terakhir pemenang pingat perak lightweight Olimpik 2004 itu adalah pada Mei 2016 apabila dia meningkat kepada kelas middleweight untuk berdepan dengan petinju professional Mexico Saul ‘Canelo’ Alvarez dan dikalahkan dalam pusingan keenam.

    Khan berkata cita-citanya adalah untuk merasa pengalaman menjadi juara dunia sekali lagi setelah di nobat juara dunia welterweight – memegang tali pinggang WBA dari tahun 2009-12 dan versi IBF pada 2011.

    “Saya bertekad untuk memenangi satu lagi Kejohanan Dunia dan saya yakin saya mempunyai pasukan yang betul di belakang saya untuk membantu saya melakukannya,” kata Khan pada satu persidangan akhbar di London.

    “Saya telah lama keluar dari gelanggang, dan saya terdesak untuk menebus masa yang hilang, bermula pada April nanti.”

    Hearn berkata adalah seronok melihat Khan kembali bertarung di England, pertarungan terakhirnya di tempat sendiri adalah menewaskan Julio Diaz pada 2013, dan berjanji akan memperkenalkan kepadanya nama terkenal sebagai pencabar.

    “Rancangannya adalah untuk bertinju pada April dan sekali lagi pada Ogos atau September sebagai persediaan pertarungan super Musim Sejuk 2018,” kata Hearn.

    “Matlamatnya adalah memberikannya pertarungan terbesar mungkin dengan senarai nama terkenal termasuk Manny Pacquiao, Kell Brook, Keith Thirman dan Errol Spence. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda