Thursday, January 23, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amir Raja Lawak dah biasa kena ‘bahan’

    Pelawak Malaysia, Amir Raja Lawak memberitahu dia tidak berkecil hati dengan gelaran ‘raja biawak’ yang diberikan oleh pelakon Lando Zawawi.

    Kata Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 35, dia sudah terbiasa dengan gurauan kasar Lando dan tidak memandang ia sebagai perkara serius.

    “Saya tak terasa hati sebab sudah biasa dengan komen-komen negatif sejak awal jadi selebriti.

    “Komen warganet sebelum ini pun saya tak ambil tahu apatah lagi gurauan kasar Lando,” katanya kepada mStar.

    Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Amir memberitahu dia cukup mengenali sahabatnya itu yang gemar bergurau secara kasar antara satu sama lain.

    Amir dan Lando tidak bermasam muka kerana gurauan kasar. – mStar

    Malah, Amir mengakui itu adalah cara Lando bergurau bersama rakan-rakan terdekat.

    “Cara dia bercakap dan tulis mungkin kedengaran kasar tapi kalau yang sudah lama ikuti kami mereka tahu kami macam mana.

    “Kami sama-sama membahan antara satu sama lain, Lando karakter dia membahan secara terus, saya pula secara sinis,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, Amir memberitahu mereka masih belum berkesempatan untuk bertemu memandangkan masing-masing kini berada di lokasi berjauhan.

    Namun dia ada mengajak Lando ke kedainya di Kelantan dan tidak sabar untuk bertemu pelakon itu.

    “Saya belum berjumpa dengan dia sebab sekarang sedang fokus berniaga di Kelantan, Lando pula berada di Kuala Lumpur.

    “Tapi saya ada ajak dia turun untuk bersama Brotherhood dekat sini. Saya pun ada ajak dia datang ke kedai saya berjumpa. Saya memang teringin nak jumpa dia,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda