Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amirul Fadzullah juara Bootcamp Kecergasan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Awang Amirul Fadzullah muncul sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah bagi para peserta yang menyertai Bootcamp Kecergasan Percuma yang dikendalikan oleh HAF semasa Pameran Ahad Toyota yang berlangsung di Pasar Kitani, hari ini.

    Acara yang diadakan di bawah tangga utama Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu, menyaksikan penyertaan lebih 20 orang peserta di mana hadiah cabutan bertuah disampaikan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta pegawai dan kakitangan daripada NBT (Brunei) Sdn Bhd iaitu pengedar utama kenderaan Toyota di Negara Brunei Darussalam.

    Tiga hadiah menarik disediakan dalam cabutan bertuah untuk para peserta acara kecergasan itu di mana hadiah utama berupa penjejak kecergasan Amazfit yang dimenangi oleh Awang Amirul Fadzullah, hadiah kedua berupa kelas percuma HAF dimenangi oleh Awang Mohd Azdi dan hadiah ketiga iaitu peralatan kecergasan dimenangi oleh Hajah Tetty Hasrina.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali menyampaikan hadiah kepada Awang Amirul Fadzullah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda