Amitabh Bachchan sumbang 2,000 pek makanan sehari

Pelakon Bollywood Amitabh Bachchan menyerahkan 2,000 paket makanan untuk penduduk di Mumbai yang berdepan kesempitan hidup berikutan penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan India Today, Amitabh berkata dia merancang untuk memberikan lebih banyak sumba-ngan terutamanya untuk mereka yang memerlukan.

“2,000 paket makanan diberikan setiap hari untuk makan tengahari dan malam di seluruh lokasi di bandar ini.

“Kita juga merancang untuk serahkan bekalan makanan kepada 12,000 orang yang memerlukan, ini masih dalam proses penyerahan,” katanya menerusi blog peribadinya.

Sebelum ini Amitabh Bachchan juga menyediakan bantuan bulanan untuk ribuan pekerja persatuan filem India. Sementara itu, bapa mentua kepada aktres Aishwarya Rai ini turut merancang memperluaskan bantuan makanan tersebut. – Agensi

Amitabh Bachchan sumbang 2,000 pek makanan setiap hari untuk makanan tengahari dan malam bagi penduduk di Mumbai yang berdepan kesempitan hidup. – Agensi