Pelakon dan pengacara, Ammar Titan menyifatkan industri seni di Malaysia masih di bawah takuk yang sama.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Siapa Tutup Lampu? itu menerusi Instastory di platform Instagram miliknya.
“Industri dah makin mengundur ke? Sekarang sudah tahun 2022.
“Aku fikirkan akan lebih maju tetapi ternyata meleset jangkaan itu,” katanya di Instastory.
Dalam pada itu, dia menegaskan sesi taklimat untuk pembawaan watak adalah elemen paling penting sebelum memasuki pengambaran.
“Sekarang punya cara, terus kunci tarikh, terus nak susun jadual serta terus nak pengambaran. Tetapi, skrip kau tidak beri lagi, sekadar bayangan kau ni watak apa.
“Watak kau bawa pun mereka tidak brief, siapa teman lakon kau. Perkara itu penting nak tahu! Penting!” ujarnya lagi. – Agensi