Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amnesti Australia rampas 50,000 senjata

    SYDNEY, 6 Okt – Lebih daripada 50,000 jenis senapang diserahkan di bawah amnesti senjata api negara pertama Australia sejak kejadian menembak beramai-ramai 20 tahun lalu, kata pegawai hari ini.

    Operasi selama tiga bulan berakhir pada hujung minggu lalu, sebelum akauntan bersara Stephen Paddock membunuh 58 orang di Las Vegas dalam satu perbuatan yang mengembalikan tumpuan kepada kawalan senapang.

    Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata terdapat “respons hangat” terhadap amnesti tersebut.

    “Australia mempunyai undang-undang senapang paling ketat di dunia namun senjata api haram masih menimbulkan ancaman kepada keselamatan komuniti,” kata beliau.

    “Hasil kejayaan amnesti ini, sekarang terdapat kurang 50,000 senjata api di jalan raya.”

    Gambar fail 8 Ogos 2017 menunjukkan Ketua Detektif, Inspektor Wayne Hoffman dari Polis New South Wales bercakap kepada media semasa sidang media di ibu pejabat mereka di Sydney. Lebih 50,000 senjata telah diserahkan di bawah amnesti senjata api kebangsaan Australia. – AFP

    Sebelum amnesti, kerajaan menganggarkan terdapat 260,000 senjata haram dalam komuniti.

    Amnesti membenarkan orang menyerah senjata api tanpa berdaftar atau tidak dikehendaki tanpa soalan ditanya. Di luar, mereka menghadapi denda sehingga Aus$280,000 atau penjara 14 tahun kerana memiliki senapang haram.

    Senjata api yang diserah termasuk senjata sebelum tahun 1900 dan senapang daripada perang dunia kepada separa-automatik, mesingan buatan sendiri malah pelancar roket.

    Amnesti didorong oleh kebimbangan keganasan dan kemasukan senapang haram yang telah melihat pertambahan dalam kejadian tembakan kumpulan jenayah terancang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda