Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amnesti kecam penahanan wartawan

    DUBAI, 1 Mei – Amnesti Antarabangsa hari ini mengecam penahanan 10 orang wartawan untuk tempoh berpanjangan oleh pemberontak Huthi di Yaman, berkata ia menggambarkan “keadaan kebebasan media yang teruk” di negara yang dibelenggu peperangan itu.

    Seramai 10 orang wartawan telah ditahan sejak musim panas 2015 dan sedang didakwa kerana mengintip, menurut kumpulan hak asasi. Ia berkata mereka telah diseksa, tidak dibenarkan berkomunikasi dan tidak diberikan penjagaan perubatan.

    “Penahanan yang tidak sah dan berpanjangan, penyeksaan dan layanan teruk lain ke atas 10 wartawan ini merupakan satu peringatan mengejutkan tentang penindasan media yang dihadapi wartawan di Yaman dan menggambarkan risiko yang dihadapi oleh mereka di tangan semua pihak dalam konflik,” kata Rasha Mohamed, penyelidik Amnesti di Yaman.

    “Mereka dihukum kerana mengamalkan hak kebebasan bersuara mereka secara aman.

    “Pihak berkuasa de facto Huthi harus membebaskan mereka dengan serta merta dan menggugurkan semua dakwaan yang dilemparkan ke atas mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda