Ampadu sertai RB Leipzig

BERLIN, 23 JULAI – Pemain antarabangsa Wales, Ethan Ampadu telah menyertai RB Leipzig dalam pinjaman dari Chelsea, pengurus Bundesliga mengumumkan kelmarin.

“Ethan Ampadu menjadi pemain yang ditandatangani pada musim panas keempat untuk RB Leipzig. Remaja Welsh berusia 18 tahun itu mendapat pinjaman satu tahun dari Chelsea,” kata Leipzig dalam satu kenyataan.

Ampadu telah menyertai Chelsea daripada pasukan Exeter City pada 2017, dan kemudiannya membuat beberapa penampilan untuk pasukan Liga Perdana, sebahagian besarnya dalam perlawanan piala.

“Saya telah mengikuti kelab tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan telah melihat sejauh mana pemain muda berkembang di sini dan meraih manfaat daripada kelab ini, jadi itu merupakan langkah yang sempurna untuk saya,” kata Ampadu kepada laman web kelab itu.

Pemain pertahanan serba boleh itu adalah antara pemain muda Britain) yang berpindah ke Jerman bagi mengembangkan karier mereka di Liga Perdana.

Seorang lagi pemain, Jadon Sancho telah menjadi salah seorang pemain terbaik di Eropah sejak berpindah ke Borussia Dortmund dari akademi belia Manchester City pada 2017, sementara Reiss Nelson baru sahaja kembali ke Arsenal berikutan tahun yang berjaya di Hoffenheim di mana dia berjaya menjaringkan tujuh gol dalam 23 penampilan liga. – AFP

Gambar fail pada 11 Jun 2019 menunjukkan Ethan Ampadu menyanyikan lagu kebangsaan sebelum beraksi pada perlawanan kelayakan Kumpulan E, UEFA Euro 2020 antara Hungary dan Wales di Budapest. – AFP