Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ampang Jaya BC rangkul kejuaraan MPL

    KUALA LUMPUR, 10 OKT – Kelab Badminton (BC) Ampang Jaya merangkul kejuaraan sulung Malaysia Purple League (MPL) musim ini selepas membenam Petaling BC 9-2 di Arena of Stars, Genting Highlands kelmarin.

    Pemain Taiwan Chou Tien Chen yang juga ayam tambatan skuad tersebut meraih kemenangan menewaskan pemain Perancis Brice Levardez 3-1 (11-10, 11-5, 9-11, 11-6) diikuti perseorangan wanita negara Goh Jin Wei yang meneruskan rentak cemerlang menewaskan Pai Yu-Po dari Taiwan 3-1 (11-9, 11-6, 10-11, 11-9).

    Kelab Ampang jaya (BC) mengesahkan kemenangan menerusi gandingan Indonesia Moh Reza Pahlevi-Sabar Karyaman Gutama mengecewakan Goh V Shem-Low Juan Shen 3-0 (11-9, 11-4, 11-6) untuk membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM200,000.

    Pengurus pasukan Voon Siaw Yie berkata beliau tidak menyangka skuad Ampang Jaya meraih gelaran MPL kelmarin.

    “Saya kehilangan kata-kata. Namun, hasil usaha dan semangat keyakinan yang ada pada para pemain telah membuktikan segalanya tidak mustahil untuk dikecapi.

    “Sudah pasti, cabaran lebih besar menanti selepas ini iaitu mempertahankan kejuaraan.

    Kami kini dilihat sebagai pasukan yang kuat, dan perlu bersedia untuk mengatasi sebarang tekanan selepas ini,” katanya.

    Naib juara Petaling BC menerima wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi manakala juara bertahan Puchong United BC terpaksa berpuas hati meraih tempat ketiga dengan RM60,000 beserta trofi. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...