Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AMSA kesan 27,000 liter sisa buangan kapal persiaran

    CANBERRA, 23 Okt – Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim (AMSA) telah mendapati sebuah kapal persiaran telah membuang 27,000 liter sisa makanan dan air buangan ke dalam Terumbu Sawar Besar pada bulan Ogos lalu.

    Senator Larissa Waters memberitahu semasa sesi Senat tempoh hari bahawa beliau telah mendapat salinan laporan AMSA yang belum diterbitkan tentang insiden itu yang menurutnya bahawa Pacific Explorer, sebuah kapal yang dikendali oleh P & O Cruises Australia telah membuang sisa itu pada 26 Ogos lalu.

    Menurut laporan itu sisa makanan disimpan dalam dapur kapal disebabkan tangki sisa makanannya sudah penuh.

    Sisa yang disimpan di dalam tangki dapur telah dibuang oleh para jurutera di Taman Marin Terumbu Sawar Besar, kawasan terumbu karang yang paling dilindungi. AMSA dimaklumkan tentang insiden itu pada 27 Ogos tetapi Taman Marin Terumbu Sawar Besar (GBRMPA) tidak dimaklumkan sehingga 4 September.

    “Kami telah dimaklumkan oleh AMSA bahawa terdapat tumpahan dan mereka mengambil tindakan berhubung tumpahan itu,” Simon Banks, Pengurus Besar perlindungan terumbu GBRMPA, memberitahu sesi itu.

    Waters mempersoalkan mengapa tumpahan tidak didedahkan lebih awal dan melahirkan kebimbangan bahawa Pacific Explorer telah disewa bagi kegunaan ketika sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Pasifik Asia (APEC) pada bulan November di Papua New Guinea (PNG). – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda