Thursday, August 11, 2022
23.3 C
Brunei

Amyra alami penyakit misteri?

-

Pelakon, Amar Baharin, mengambil inisiatif menggunakan cara perubatan Islam sebagai ikhtiar buat isteri tercintanya yang juga pelakon, Amyra Rosli, berhubung penyakit yang dialami pelakon itu ketika ini.

Pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu berkata, lebam dan bengkak di bahagian kaki yang dialami Amyra masih belum dapat dikenal pasti, walau sudah membuat pemeriksaan doktor.

“Kami sudah berjumpa dengan doktor, tetapi masih tidak dapat mengenal pasti sakit apa. Cuma doktor kata ia mungkin kerana post COVID.

“Semua ini jadi sebaik sahaja Amyra pulih dari jangkitan virus COVID. Jadi, kami sudah ikhtiar ke hospital… kini ikhtiar untuk ruqyah pula.

“Semalam cuba buat ruqyah sebagai ikhtiar. Insy-Allah, semoga Allah beri kesembuhan buat Amyra. Amin,” katanya kepada media.

Lebam dan bengkak di bahagian kaki yang dialami Amyra masih belum dapat dikenal pasti, walau sudah membuat pemeriksaan doktor. – Agensi

Mengulas lanjut, suami kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi perkembangan terkini isterinya yang masih mengalami lebam dan bengkak di kaki.

“Amyra mengalami bengkak dan lebam-lebam di bahagian kaki.

“Selain itu, dia juga mengalami sakit-sakit sendi dan batuk berpanjangan,” kongsinya.

Sebelum ini, Amar berkongsi mengenai keadaan isterinya itu menerusi satu perkongsian menerusi Instagram miliknya.

Amar turut memberitahu keadaan itu tidak pernah berlaku kepadanya dan Amyra sebelum ini.

Amyra bagaimanapun telah menjalani pemeriksaan beberapa hari lalu, namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. – Agensi

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Virus Langya jangkiti 35 individu di China

BEIJING, 10 OGOS – Saintis-saintis telah mengesan virus baharu yang dikatakan berasal dari haiwan di timur China yang telah menjangkiti puluhan orang, lapor BBC...
- Advertisment -