Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Anak-anak kumpulan Radja trauma insiden diugut bunuh

    Susulan insiden menerima ancaman bunuh dan dilemparkan kata-kata kesat ketika mengadakan konsert di Larkin, Johor, Sabtu lalu, kumpulan Radja memberitahu kejadian itu turut membawa trauma kepada anak-anak mereka yang turut serta ke acara itu.

    Vokalis Radja, Ian Kasela berkata, niat membawa keluarga bersama ke konsert berkenaan untuk memberi pendedahan bagaimana mereka bekerja namun tidak menyangka pulang ke Indonesia dengan perasaan trauma.

    “Anak-anak kami hanya diam dan terkejut kerana masih kecil. Apa yang berlaku seperti kanak-kanak sekolah yang ditengking oleh orang tua dengan kasar. “Perbuatan itu sungguh biadab,” katanya seperti yang dipetik dari Kompas.

    Menurut Ian, meskipun anak-anak mereka tidak berada dekat ketika wakil penganjur datang menyerang namun mereka dapat mendengar dengan jelas suara seorang individu yang didakwa menengking kumpulan itu dan mula mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh.

    Malah Ian sendiri akui dirinya takut untuk mendekati orang ramai selepas kejadian tersebut dan menolak untuk merakam gambar bersama peminat ketika dalam perjalanan pulang ke Indonesia. – Agensi

    Radja tampil membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...