Anak-anak yatim bergembira

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – PilihanFm Mandarin dan Joyful Garden dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok, baru-baru in, telah memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim di Kampung Subok melalui Majlis Bersama Anak-anak Yatim dan Pendengar PilihanFm.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun.

Juga hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Subok, Awang Lawi bin Haji Lamat dan pemilik Joyful Garden, Wilson Lim berserta ahli-ahli MPK Subok.

Pada majlis tersebut Wilson Lim turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang tinggal di kampung tersebut. Majlis juga diserikan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Cina.

TYT Mehmet Suat Akgun bergambar ramai bersama jemputan dan anak-anak yatim.