Anak-anak yatim terus dapat perhatian

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Anak-anak yatim di negara ini terus mendapat perhatian daripada pelbagai pihak apabila Persatuan Siswazah Wanita (PSW) Negara Brunei Darussalam menyampaikan sumbangan untuk anak-anak yatim dan orang yang kurang berkemampuan di RPN Kampung Panchor Mengkubau, baru-baru ini.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di Restoran KFC, One City Mall, Kampung Sungai Hanching di mana Yang Di-Pertua PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Panchor Mengkubau, Haji Awang Mohamad Eddie Hardey bin Haji Ibrahim.

Penyerahan sumbangan tersebut disaksikan oleh ahli-ahli persatuan dan MPK RPN Panchor Mengkubau.

Pengiran Hajah Zabaidah menyerahkan sumbangan kepada Haji Awang Mohamad Eddie Hardey.