Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Anak Ayu Ting Ting impikan ayah tiri dengan wajah Korea

    Tidak pernah menutup hati untuk kembali mencari pasangan hidup selepas bercerai, penyanyi Ayu Ting Ting meluahkan rasa bingung apabila anaknya iaitu Bilqis mahukan seorang bapa tiri yang memilik wajah seperti jejaka Korea.

    Menurut Ayu, permintaan tersebut disebabkan anaknya yang berusia sembilan tahun ini kini mula mengenali dunia hiburan k-pop dan meminati artis-artis lelaki di sana.

    “Anak izinkan saya bercinta tetapi dia mahu lelaki Korea. Perkara itu buat saya bingung kerana kami orang Indonesia. “Disebabkan sukakan Korea, jadi dia mahu seorang bapa yang berkulit putih. Satu ujian berat buat saya,” katanya seperti dilaporkan Detik.

    Dalam masa sama, penyanyi lagu Alamat Palsu ini memberitahu dia tidak terdesak untuk segara bernikah dan enggan menggunakan sebarang aplikasi mencari pasangan. – Agensi

    Bilqis kini sering melihat drama-drama Korea di televisyen dan membenarkan ibunya bercinta lagi jika lelaki tersebut mempunyai wajah tampan seperti lelaki Korea. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...