LOS ANGELES, 9 DIS – Seorang ayah dan anak lelakinya telah ditahan atas tuduhan mencetuskan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih 200,000 ekar di utara California musim panas ini, kata para pegawai tempatan.
David Smith, 66, dan Travis Smith, 32, didakwa kerana mencetuskan api yang membawa kepada kebakaran besar dikenali sebagai Caldor Fire pada peristiwa 14 Ogos dekat Tasik Tahoe, kawasan yang popular dengan pelancong.
Ia mengambil masa anggota bomba selama 67 hari untuk mengawal kebakaran, yang mana ketika itu lima orang cedera manakala 1,000 lagi bangunan komersial dan kediaman musnah, menurut jabatan bomba California.
Pejabat Mahkamah Daerah Wilayah El Dorado berkata dalam satu kenyataan bahawa dua lelaki telah didakwa dengan tuduhan pembakaran semberono dan telah ditangkap.
Caldor Fire mencetuskan pemindahan puluhan orang di rantau itu yang bersempadan dengan Nevada, terletak dekat tasik alps terbesar di Amerika Utara. – AFP