MONTREAL, 24 MEI – Seekor anak beruang hitam telah menyebabkan huru-hara selama beberapa jam kelmarin di sebuah kejiranan Montreal, memerlukan tiga dos trankuilizer sebelum pihak berkuasa berjaya menangkapnya.
Polis segera menutup beberapa jalan di Dorval setelah mendapat laporan mengenai kehadiran anak beruang itu petang kelmarin, sebuah perbandaran ke barat lapangan terbang Montreal, menurut jurucakap polis, Raphael Bergeron.
Penduduk diminta untuk berada di dalam rumah sementara puluhan pegawai polis, anggota bomba dan ejen kementerian hidupan liar serta sukarela dari Sauvetage Animal Rescue mencari anak beruang tersebut.
Anak beruang itu hanya berusia beberapa bulan pada awalnya terperangkap di sebuah laman kediaman sebelum memanjat pokok, menurut Bergeron.
Pegawai pemuliharaan menggunakan raifal berisi ‘tiga dos sedatif, namun beruang itu masih sedar dan turun dari pokok sebelum lari ke laman lain,” kata Animal Rescue dalam catatan di Facebook.
Anak beruang itu akhirnya memanjat pokok lain, di mana ia kemudian terlelap dan ditangkap beberapa jam kemudian.
Menurut Animal Rescue, ia akan dilepaskan ‘dalam persekitaran yang lebih sesuai untuknya’. – AFP




































