Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Anak Che Ta selamat jalani pembedahan

    Anak bongsu Rozita Che Wan, iaitu Aaisyah Dhia Rana, 9, selamat menjalani pembedahan gigi di sebuah pusat perubatan swasta di Mont Kiara di sini, pagi tadi.

    Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, sejak beberapa bulan lalu, Aaisyah mengadu tidak selesa pada giginya.

    “Aaisyah alami ‘supernumerary mesiodens tooth’ atau pertumbuhan gigi berlebihan. Beberapa bulan lalu, Aaisyah sering mengadu giginya tidak selesa.

    “Baru-baru ini, saya bawa Aaisyah menjalani pemeriksaan imbasan CT Scan dan doktor temui masalahnya,” katanya.

    Che Ta berkata, doktor menjelaskan apa yang dihadapi Aaisyah agak jarang terjadi di mana kewujudan gigi pada kadar berlebihan pada bahagian tengah.

    Aaisyah alami ‘supernumerary mesiodens tooth’ atau pertumbuhan gigi berlebihan. – Agensi

    “Kata doktor, secara umumnya, dalam dunia ini, ada antara 0.5 peratus hingga tiga peratus kes seumpama ini.

    “Pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain,” katanya.

    Ibu kepada tiga cahaya mata itu bersyukur kerana anak perempuannya kuat semangat.

    “Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan keadaan Aaisyah,” kata isteri kepada Zain Saidin itu.

    Che Ta memuat naik beberapa foto Aaisyah di Instagram (IG) iaitu suasana sebelum dan selepas anak perempuannya itu menjalani pembedahan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...