Wednesday, October 5, 2022
30 C
Brunei

Anak cheetah Asia kedua mati di Iran

-

TEHRAN, 18 MEI – Seekor lagi daripada tiga anak cheetah Asia yang dilahirkan dalam kurungan di Iran telah mati sekali gus menjejaskan usaha menyelamatkan spesies terancam itu, menurut laporan media negeri hari ini.

“Punca kematian anak cheetah Asia itu masih disiasat dan keputusannya akan diumumkan selepas bedah siasat,” kata pegawai Jabatan Alam Sekitar, Hassan Akbari kepada agensi berita negeri, IRNA.

Pengumuman tersebut dibuat selepas kematian anak cheetah yang pertama.

Punca kematian pertama adalah disebabkan kecacatan kongential paru-paru kiri, menurut kenyataan dari Jabatan Alam Sekitar.

Anak-anak cheetah berkenaan dilahirkan di Taman Perlindungan Hidupan Liar Touran pada 1 Mei, yang menurut jabatan tersebut ia adalah kelahiran pertama cheetah Asia dalam kurungan itu.

Digelar sebagai haiwan darat terpantas di dunia dan mempunyai kemampuan untuk memecut sehingga 120 kilometer sejam, cheetah sebelum ini boleh ditemui di bahagian sempadan timur India hingga ke pantai Atlantik di Senegal.

Ia masih boleh ditemui di beberapa kawasan di selatan Afrika, tetapi semakin pupus di utara Afrika dan Asia.

Subspesies Asia – Acinonyx jubatus venaticus – merupakan spesies terancam, menurut Kesatuan bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa.

Iran menjadi negara terakhir di dunia di mana cheetah Asia boleh ditemui di hutan liar. Pihak berkuasa melancarkan program perlindungan pada 2001 dan disokong oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -