Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Anak cheetah terancam mati di Iran

    TEHRAN, 4 MEI – Salah seekor daripada anak cheetah Asia mati di Iran beberapa hari selepas ia adalah spesies terancam pertama yang dilahirkan dalam kurungan, media negara berkata hari ini.

    “Anak cheetah itu dalam keadaan lemah sejak dilahirkan dan beratnya tidak bertambah,” sejak ia dilahirkan Ahad, pejabat Ali Salajegheh, timbalan presiden yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, dipetik berkata oleh agensi berita IRNA.

    “Selepas autopsi, punca kematian adalah disebabkan kecacatan kongenital paru-paru kiri,” menurut kenyataan, dan menambah dua lagi anak cheetah mampu menambah berat.

    Anak cheetah berkenaan dilahirkan di Taman Perlindungan Haiwan Liar Touran di wilayah Semnan.

    Haiwan tersebut – nama saintifiknya Acinonyx jubatus venaticus – adalah spesies terancam, menurut Kesatuan bagi Pelindungan Alam Semula jadi Antarabangsa.

    Iran adalah salah sebuah negara terakhir di mana haiwan itu tinggal di alam liar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...