Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Anak damit dihempap pokok meninggal dunia

    MELAKA, 13 NOV – Seorang anak damit lelaki yang cedera dihempap pokok yang tumbang di Pantai Puteri, Tanjong Kling petang semalam, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka kira-kira pukul 12:38 tengah malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ketika kejadian, mangsa Mohd Zafran Ilman Mohd Sazwan berusia satu tahun empat bulan berada dalam dukungan ibunya, Nurulhuda Md Ali, 34, yang turut cedera dihempap pokok itu.

    “Polis menerima maklumat awam kira-kira pukul 6:43 petang semalam dan ketika tiba di lokasi pihak kita mendapati sebatang pokok ru telah tumbang selain terdapat dua mangsa di tempat kejadian.

    “Difahamkan keluarga mangsa dari Kajang, Selangor datang bercuti dan menginap di sebuah pusat peranginan di situ. Sewaktu kejadian mangsa yang sedang mendukung anak damitnya berjalan ke arah pantai, secara tiba-tiba pokok itu telah tumbang lalu menimpa mangsa dan anaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Christopher berkata menurut saksi kejadian, bahagian kepala ibu anak damit itu terbenam ke dalam pasir, manakala anaknya tercampak ke dalam rimbunan daun dan dahan pokok. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...