BEIJING, 5 FEB – Seorang anak damit di bandar Wuhan, China yang dilanda epidemik telah didiagnosis koronavirus setelah 30 jam dilahirkan, lapor media kerajaan China hari ini.
Anak damit itu menjadi orang paling muda dicatatkan telah dijangkiti virus itu, yang telah membunuh hampir 500 orang sejak muncul lewat tahun lalu.
CCTV memetik para pakar sebagai berkata ia mungkin kes ‘transmisi vertikal’ merujuk kepada jangkitan yang berpindah daripada ibu kepada anak semasa dalam kandungan, semasa dilahirkan atau selepas itu.
Ibunya telah diuji positif virus terbabit sebelum dia melahirkan.
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan pada Isnin anak damit itu lahir minggu lalu daripada ibu yang dijangkiti yang telah diuji negatif. – AFP




























