AMSTERDEM, 25 OGOS – Kematian seorang anak damit berusia tiga bulan minggu ini di pusat pencari suaka di Belanda telah meningkatkan kesedaran mengenai masalah kekurangan tempat tinggal untuk pelarian di negara itu, yang kini menjadi krisis nasional.
Inspektorat Kesihatan dan Penjagaan Belia dalam satu kenyataan berkata anak damit itu meninggal dunia pagi Rabu di dewan sukan yang dijadikan pusat penerimaan pencari suaka di kampung Ter Apel. Kenyataan itu menyatakan punca kematian sedang disiasat.
“Seorang anak damit berusia tiga bulan meninggal dunia malam tadi di dewan sukan di Ter Apel. Seperti semua orang, saya amat terkejut dengan peristiwa itu,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Eric van der Burg dalam satu kenyataan.
Ketika kerajaan cuba memindahkan mereka ke hotel yang dibeli di Albergen untuk menempatkan 300 pelarian, ia juga berdepan bantahan daripada penduduk tempatan.- Bernama