Monday, November 4, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit sakit tenat meninggal dunia

    LONDON, 13 NOV – Seorang anak damit yang sakit tenat di tengah-tengah pertelingkahan undang-undang melibatkan ibu bapanya, pegawai kesihatan Britain dan kerajaan Itali telah meninggal dunia, kata kumpulan yang menyokong keluarganya hari ini.
     
    Kumpulan Christian Concern berkata Indi Gregory meninggal dunia di hospis pagi ini selepas alat sokongan hidupnya ditarik balik semalam.
     
    Anak damit berusia 8 bulan itu telah mengalami kerosakan otak akibat keadaan penyakit yang jarang dikenali sebagai mitokondria.
     
    Doktornya berkata alat sokongan hidupnya harus diputuskan untuk membolehkannya meninggal dunia di hospital atau hospis. Ibu bapanya, Dean Gregory dan Claire Staniforth, berjuang untuk meneruskan sokongan hidup dengan harapan rawatan eksperimen dapat memanjangkan hayatnya.
     
    Kerajaan Itali telah meminta kebenaran untuk Indi dirawat di Hospital Kanak-kanak Bambino Gesu di Rom dan juga memberikan anak damit itu kewarganegaraan Itali.
     
    Doktor berhujah bahawa Indi tidak sedar tentang persekitarannya dan menderita dan harus dibenarkan mati dengan aman.
     
    Percubaan mendapatkan tindakan undang-undang berulang kali, disokong oleh Christian Concern, telah ditolak oleh hakim British. – AP
     
    Gambar menunjukkan Indi Gregory, yang telah meninggal dunia di hospis kelmarin selepas alat sokongan hidupnya dimatikan pada 12 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda