Anak damit jalani pemindahan sel induk hati

TOKYO, 21 MEI – Sekumpulan doktor di Jepun berjaya menjalankan proses transplan sel hati yang berasal dari sel induk embrio ke atas seorang anak damit dalam kes pertama di dunia yang boleh memberi pilihan rawatan baharu kepada anak baru lahir.

Anak damit itu mengalami gangguan kitaran urea iaitu keadaan di mana organ hatinya tidak mampu memecahkan ammonia toksik.

Bagaimanapun, anak damit berusia enam hari itu terlalu kecil untuk menjalani pemindahan hati, justeru ia hanya boleh dijalankan ketika kanak-kanak itu mencapai berat sekitar 13 kilogram atau ketika menginjak usia tiga hingga lima bulan.

Sekumpulan doktor di Pusat Kesihatan dan Pembangunan Kanak-Kanak mengambil keputusan untuk melakukan rawatan pintasan sehingga anak damit itu cukup besar dengan suntikan sebanyak 190 juta sel hati yang berasal dari sel induk embrio (sel ES) ke dalam pembuluh darah hati anak damit berkenaan.

Susulan rawatan itu, ‘pesakit tidak mengalami kenaikan dalam daya penumpuan ammonia darah dan berjaya menyelesaikan rawatan seterusnya,’ dari segi pemindahan hati, menurut institut dalam satu kenyataan.

Anak damit yang tidak didedahkan jantinanya itu menerima hati daripada ayahnya dan dibenarkan discaj dari hospital enam bulan selepas kelahirannya.

“Kejayaan keselamatan demonstrasi ujian dalam percubaan klinikal pertama di dunia itu telah menggunakan sel ES manusia ke atas pesakit menderita penyakit hati,” menurut institut itu.

Di Eropah dan AS, sel hati didapati melalui penderma yang mengalami penyakit ‘mati otak’, bagaimanapun di Jepun ia agak terhad. – AFP