Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Anak Feeya Iskandar masuk hospital akibat jangkitan kuman

    Anak ketiga penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar iaitu Muhd Zidane dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Selangor kelmarin akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

    Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, 33, anak lelakinya yang kini berusia setahun itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk sejak dua minggu lalu.

    “Mulanya kami ingatkan hanya batuk biasa, maklumlah anak kecil sensitif dengan persekitaran.

    “Semalam (Selasa) ketika mahu menghantar anak ke pengasuh suami melihat pernafasan anak laju dan dadanya berombak tidak seperti biasa, jadi dia terus dibawa ke pusat perubatan.

    “Menurut doktor ada kuman pada bahagian paru-paru dan perlu pemantauan, sebab itu kena tahan wad,” katanya.

    Keadaan Zidane kini semakin stabil. – Agensi

    Sementara itu, penyampai segmen Gaya Suria ini memberitahu keadaan Zidane kini semakin stabil selepas diberi Nebulizer dan antibiotik.

    Meskipun sudah biasa berhadapan dengan situasi anak dimasukkan ke hospital, namun ini merupakan kali pertama buat Zidane.

    “Ketika awal menerima rawatan risau juga dengan keadaan Zidane kerana ada masa oksigennya turun. Syukur dia semakin pulih selepas menerima rawatan.

    “Semua anak saya ada pengalaman menerima rawatan di pusat perubatan. Zidane tidak pernah demam teruk dan inilah kali pertama dia ditahan wad.

    “Sebagai ibu kena kuatkan fizikal dan mental apabila berhadapan dengan situasi begini,” ujarnya.

    Dalam masa sama Feeya turut berkongsi nasihat kepada semua ibu bapa agar sentiasa memantau kesihatan anak kecil memandangkan mereka kini terdedah dengan persekitaran yang tidak bersih.

    “Ini adalah dugaan dan cabaran menjaga anak kecil. Walau kita cuba sebaik mungkin, ada masa terkena juga jangkitan sebegini.

    “Jadi sebagai ibu bapa jangan ambil mudah kesihatan anak dan segera dapat rawatan jika anak sakit,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...