Anak gajah belajar berenang untuk pemulihan

CHONBURI, Thailand – Selepas kehilangan sebahagian daripada kakinya akibat terjerat di Thailand, anak gajah bernama ‘Clear Sky ‘ kini belajar untuk berjalan lagi – dalam air.

Anak gajah berusia enam bulan itu adalah gajah pertama yang menerima rawatan hidro-terapi di sebuah hospital haiwan di wilayah Chonburi, beberapa jam dari Bangkok.

Tujuannya adalah untuk menguatkan lagi otot-otot yang sudah melemah di bahagian kaki hadapannya, yang mengalami kecederaan tiga bulan lalu di dalam perangkap haiwan yang diletakkan oleh penduduk kampung bagi melindungi tanaman mereka.

Binatang yang berkulit tebal dan berkerut itu, mempunyai bulu berwarna rambut kehitaman tumbuh di atas kepalanya, berjalan tempang di sekitar kawasan kolam renang sebelum memulakan sesi renangnya.

“Ini adalah kali kedua beliau mengikuti terapi air. Ia masih merasa gementar dan takut dengan air,” kata doktor haiwan Padet Siridumrong memberitahu kepada AFP apabila pasukan bantuan cuba meletakkan haiwan itu ke dalam abah-abah dan menurunkannya ke dalam kolam.

Ia bukan suatu perkara yang mudah – Clear Sky merasa cemas dan panik apabila penjaga zoo itu berbuat demikian. Tetapi setelah beberapa jam berada di air, ia kelihatan tenang.

Anak gajah ‘Clear Sky’ berjalan-jalan dalam kandangnya berhampiran gajah ‘yang bekerja’ (belakang) di taman pelancongan Taman Tropika Nong Nooch selepas ianya dibawa balik dari klinik veterinar tempatan di Wilayah Chonburi. – AFP

‘Clear Sky’ berjalan dengan bantuan kasut but di kakinya yang cedera di taman pelancongan Taman Tropika Nong Nooch di Wilayah Chonburi. – AFP
‘Clear Sky’ berjalan dengan bantuan kasut but di kakinya yang cedera di taman pelancongan Taman Tropika Nong Nooch di Wilayah Chonburi. – AFP
‘Clear Sky’ berada di abah-abah semasa sesi hidroterapi di sebuah klinik veterinar tempatan di Wilayah Chonburi. – AFP
‘Clear Sky’ berada di abah-abah semasa sesi hidroterapi di sebuah klinik veterinar tempatan di Wilayah Chonburi. – AFP
‘Clear Sky’ berada di kandangnya di taman pelancongan Taman Tropika Nong Nooch sebelum dibawa ke sebuah klinik veterinar tempatan untuk sesi hidroterapi di Wilayah Chonburi. – AFP
‘Clear Sky’ berada di kandangnya di taman pelancongan Taman Tropika Nong Nooch sebelum dibawa ke sebuah klinik veterinar tempatan untuk sesi hidroterapi di Wilayah Chonburi. – AFP
‘Clear Sky’ bertahan di abah-abahnya semasa sesi hidroterapi. – AFP
‘Clear Sky’ bertahan di abah-abahnya semasa sesi hidroterapi. – AFP
‘Clear Sky’ dibersihkan dengan tuala kering selepas sesi hidroterapi dilakukan. – AFP
‘Clear Sky’ dibersihkan dengan tuala kering selepas sesi hidroterapi dilakukan. – AFP

“Anak gajah biasanya suka dengan air,” jelas Padet. “Jika ia boleh melakukan sesi ini dengan kerap, ia akan menyukainnya.”

Clear Sky berada dalam keadaan yang teruk apabila kakitangan di Taman Tropika Nong Nooch menjumpainya buat kali pertama.

Terpisah dari ibunya di dalam hutan rimba, Clear Sky amat memerlukan susu dan pembedahan keatas kakinya yang mengalami pendarahan yang teruk ketika ia ditemui berjalan tempang oleh penduduk kampung.

Sekarang lukanya telah sembuh dan harapan seterusnya adalah melakukan aktiviti renang yang kerap. Ia tidak memerlukan kaki palsu kerana ia akan membesar.

“Kami menamakan ia Clear Sky (langit yang jelas) menanti di hadapan, kerana itulah yang ia perlukan sekarang semasa ia bersama kami,” kata Kampon Tansacha, pengarah zoo tersebut.

Gajah sangat dihargai disini sebagai simbol negara Thailand, negara yang pertama membuka sebuah hospital untuk haiwan beberapa dekad yang lalu.

Tetapi pembangunan yang pesat, kemusnahan habitat dan kehausan untuk gading telah menyaksikan penduduk gajah liar menjunam sejak abad yang lalu kepada kira-kira 2,500 ekor.

Negara ini juga rumah kepada kira-kira 4,000 ekor gajah jinak, yang digunakan untuk kuasa industri pelancongan haiwan yang menguntungkan dimana para aktivis mengatakan ia adalah penuh dengan penyalahgunaan. – AFP