Anak gajah mati disisih keluarga

STOCKHOLM, 9 APRIL – Seekor anak gajah berusia dua minggu telah mati selepas disisih oleh keluarganya sejurus kelahiran seekor lagi anak gajah, umum Zoo Boras di Sweden hari ini.

“Meskipun menerima rawatan jagaan rapi selama tiga hari oleh doktor haiwan siang dan malam, haiwan itu meninggalkan kami hari ini,” kata zoo dalam pos di Instagram yang menunjukkan penjaga zoo mengerumuni anak gajah tersebut.

“Badannya tidak dapat menerimanya dan ia perlu tidur.”

Gajah betina itu lahir pada 26 Mac dan masih belum diberikan nama. – AFP