Anak ganti ayah jadi vokalis Dewa 19

Anak kepada penyanyi Ahmad Dhani iaitu Abdul Qadir Zaelani atau lebih dikenali sebagai Dul Jaelani mengakui mengutip banyak pengalaman berharga ketika bergabung dengan kumpulan Dewa 19.

Dul berkata dia mengambil keputusan menggantikan ayahnya yang kini dalam tahanan di LP Cipinang, Jakarta Timur. “Ya, sekarang ayah saya masih dalam tahanan. Sementara itu, saya ditugaskan untuk menggantikan posisi ayah saya di Dewa 19. Alhamdulillah dari awal sampai sekarang banyak pengalaman yang saya dapat,” kata Dul.

Tambah penyanyi  solo ini, dia mendapat banyak tunjuk ajar serta didikan daripada pemuzik-pemuzik senior yang lain seperti Ari Lasso, Once Mekel dan lain-lain. Kongsi Dul lagi, selain menyanyi dia juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan selain turut menghasilkan beberapa karya hebat seperti novel, puisi, cerpen dan syair. – Agensi

Tambah penyanyi  solo ini, dia mendapat banyak tunjuk ajar serta didikan daripada pemuzik-pemuzik senior yang lain seperti Ari Lasso, Once Mekel dan lain-lain. – Agensi