Anak jadi sumber kekuatan

Biarpun sedang berdepan kemelut rumah tangga, Lufya berjanji untuk tidak sekali-kali mengabaikan masa depan anaknya.

Lufya atau nama lengkapnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, berkata, dia akan berjuang memberikan kebahagiaan buat anaknya, Lanaa Haura, 2, meskipun terpaksa berkorban jiwa dan raga.

“Saya akan buat apa sahaja untuk membahagiakan Haura. Banyak perkara yang sudah saya rancang dan berharap, semua urusan itu dipermudahkan Allah SWT. Tiada lain yang saya pinta kecuali dia membesar menjadi insan yang mempunyai pekerti yang mulia dan seimbang pendidikan dunia serta akhirat,” katanya.

Ditemui pada majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran anaknya yang kedua, Sabtu lalu, Lufya juga berdoa, kemelut rumah tangganya dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum akan segera berakhir.

Baginya, dia cuma mahu memandang ke depan dan berharap, anak mereka tidak menjadi korban dalam menangani kemelut yang melanda. Bintang Mahar Tanpa Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016. Pergolakan rumah tanggap pasangan itu mula ‘dihidu’ media pada Oktober, tahun lalu. – Agensi

Bagi Lufya, dia cuma mahu memandang ke depan dan berharap, anak mereka tidak menjadi korban dalam menangani kemelut yang melanda. – Agensi