Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Anak kambing telinga panjang tarik perhatian

    KARACHI, 6 JULAI – Anak kambing dengan telinga panjang telah menjadi bintang media di Pakistan, dengan pemiliknya menuntut untuk dimasukkan dalam rekod dunia yang mungkin atau tidak wujud.

    Simba sekarang hidup dengan penuh perhatian di Karachi, di mana ia lahir bulan lalu dengan telinga yang sangat panjang berukuran kira-kira 54sm.

    Pembiaknya, Mohammad Hassan Narejo berkata dia telah menghubungi Guinness World Records untuk melihat jika keganjilan itu boleh dimasukkan sebagai Greatest of All Time, walaupun kategori ‘kambing telinga panjang’ belum ada dalam laman web persatuan itu.

    “Dalam masa 10 hingga 12 hari selepas kelahirannya, ia sudah menarik perhatian semua media tempatan dan antarabangsa dan memenangi pertandingan haiwan cantik,” kata Narejo. – AFP

    Mohammad Hasan Narejo menunjukkan telinga Simba yang panjang, di Karachi pada 6 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...