Anak ketua pengedar dadah Mexico tumpas

MEXICO CITY, 21 FEB – Anak seorang pengedar dadah Mexico telah diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS), di mana dia dikehendaki kerana kesalahan menyeludup, kata sumber kerajaan.

Ruben Oseguera Gonzalez, yang dikenali sebagai El Menchito, telah diekstradisi hari ini atas tuduhan konspirasi menyeludup dadah ke dalam wilayah AS, kata sumber itu.

Oseguera Gonzalez warga AS adalah anak lelaki ‘El Mencho’ Nemesio Oseguera Cervantes, ketua kartel dadah generasi baharu Jalisco yang berkuasa.

Oseguera Gonzalez berusia 30 tahun, ditolak rayuannya terhadap perpindahannya ke AS, di mana dia akan dibicarakan di mahkamah persekutuan di Washington.

Beliau ditangkap dan dibebaskan empat kali antara Januari 2014 dan Ogos 2015, ketika beliau akhirnya dipenjarakan atas tuduhan menjadi nombor dua dalam kartel generasi baharu Jalisco.

Jabatan Kehakiman AS menganggap kartel itu sebagai salah satu daripada lima organisasi jenayah transnasional yang paling berbahaya di dunia, yang bertanggungjawab untuk mengedar bertan-tan kokain, syabu dan heroin ke AS, dan beberapa tindakan keganasan lain.

Kumpulan itu muncul pada 2010 selepas kematian ketua kartel dadah serantau itu, Sinaloa, kumpulan jenayah terbesar Mexico.

Kerajaan Mexico menganggarkan kartel generasi baharu Jalisco telah mengumpulkan harta sebanyak AS$50 bilion.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka telah menyerang tentera dan polis, termasuk menembak jatuh helikopter tentera pada tahun 2015 yang membunuh 20 askar dan polis.

Isteri pemimpin cartel Oseguera Cervantes, Rosalinda Gonzalez Valencia, ditangkap pada Mei 2018. – AFP