Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Anak Krakatau meletus, muntahkan abu

    JAKARTA, 9 JUN – Gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia meletus hari ini, mengeluarkan abu sejauh lebih tiga kilometer ke udara, menurut pegawai.

    Tiada laporan segera mengenai kerosakan dan korban jiwa selepas ia meletus pada jam 8:46 pagi.

    “Ketinggian letupan adalah kira-kira 3,000 meter di atas puncak gunung,” Deny Mardiono, pegawai dari stesen pemantau Krakatau, berkata dalam satu kenyataan.

    “Abu diperhatikan berwarna kelabu dan hitam dengan intensiti tebal di barat daya.”

    Dia memberi amaran kepada orang awam agar tidak melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan radius lima kilometer dari kawah gunung berapi.

    Status Anak Krakatau berada di paras amaran kedua tertinggi selepas pihak berkuasa menaikkannya pada 2022 susulan peningkatan mendadak dalam aktiviti gunung berapi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...