Anak lelaki Johnny Depp mirip dirinya

Anak lelaki Johnny Depp, Jack dilihat dalam gambar yang dimuat naik oleh kakaknya Lily-Rose, dan sukar untuk dipercayai dia kelihatan seperti ayahnya.

Jack yang berusia 18 tahun betul-betul seiras ayahnya dalam filem Pirates of the Caribbean ketika dia remaja. Dalam gambar yang dimuat naik oleh kakaknya, Lily-Rose, 20, Jack tanpa memakai baju dilihat sedang menulis di atas kertas sambil menikmati cahaya matahari.

Namun gambar di Instagram itu sudah dibuang oleh Lily pada hari ulang tahun adiknya pada 10 April, Jack dengan celana biru laut, bercermin mata hitam, rambut keriting bewarna coklat, dia sedang memandang kamera dan serupa seperti ayahnya. Dia adalah versi Johnny yang kecil.

“Adik kecil saya Jackie sekarang dah 18 tahun, dia jantung hati saya dan selamat hari jadi saya sangat sayang awak!” Lily menyatakan dalam Instagramnya. Namun tidak diketahui mengapa dia membuang gambar itu bersama satu gambar hitam-putih mereka berdua yang membuat wajah lucu semasa kecil. Kedua-kedua anak Johnny Depp dari bekas perkahwinannya bersama Vanessa Paradis dari 1998 hingga 2012.

Johnny kemudian berkahwin dengan Amber Heard, 33 tahun, pada tahun 2013, tetapi pasangan itu bercerai dan berhadapan masalah undang-undang.

Johnny membuat tuduhan baharu dalam tuntutan fitnah yang dibuat oleh Amber pada bulan Julai 2019, dengan menuduh bahawa semasa kejadian 2015, di mana dia mendakwa bahawa Amber hampir memutuskan jarinya setelah melemparkan botol kepadanya, dia juga dilaporkan ‘meletakkan rokok’ di pipinya. –Agensi

Anak lelaki Johnny Depp, Jack dilihat dalam gambar yang dimuat naik oleh kakaknya. – Agensi