Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

Anak lelaki Rafsanjani dibebaskan dari penjara

TEHRAN, 18 JAN – Anak lelaki bekas presiden Iran Akbar Hashemi Rafsanjani, telah dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara lebih tujuh tahun kerana penipuan, lapor media Iran hari ini.

Mehdi Hashemi, 53, meninggalkan penjara Evin Tehran lewat kelmarin kata peguamnya, Vahid Abolmaali, dipetik oleh agensi berita ISNA.

Pendakwa raya negeri berkata pembebasannya adalah bersyarat, lapor ISNA.

Hashemi disabitkan bersalah atas penipuan, penyelewengan dan menjejaskan keselamatan negara pada Ogos 2015, pertuduhan yang sebelum ini dikecamnya sebagai bermotifkan politik.

Hashemi pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan dalam sektor minyak Iran pada pertengahan tahun 2000an, tempoh ketika Statoil Norway dan syarikat tenaga Perancis Total disyaki membayar rasuah untuk mendapatkan akses kepada simpanan hidrokarbon republik Islam itu. – AFP

Anak lelaki bekas presiden Iran Akbar Hashemi Rafsanjani, Mehdi Hashemi (tengah), dipeluk oleh abangnya Mohsen (kiri) pada Ogos 2015 sebelum memasuki penjara Evin Tehran untuk menjalani hukuman kerana dituduh atas penipuan. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -