Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak lelaki Trump dijangkiti COVID-19

    WASHINGTON, 15 OKT – Barron Trump, anak lelaki bongsu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pula dilaporkan dijangkiti COVID-19.

    Isteri Trump, Melania mengesahkan perkara itu semalam dan kenyataan mengenainya dimuat naik dalam blog Rumah Putih.

    Trump dan Melania disahkan dijangkiti virus itu pada 3 Oktober lalu.

    Agensi Anadolu melaporkan Barron pada awalnya diuji negatif tetapi hasil saringan berikutnya mendapati beliau positif COVID-19.

    “Ketakutan saya menjadi kenyataan. Nasib baik dia masih remaja,  kuat dan tidak menunjukkan sebarang gejala,” kata Melania.

    Trump ketika ditanya mengenai keadaan anaknya sebelum meninggalkan Rumah Putih untuk menghadiri kempen pilihan raya berkata, Barron berada dalam keadaan ‘baik-baik saja.’ – Bernama

    Kelihatan Barron Trump (kanan) berdiri bersama Presiden Donald Trump dan Melania Trump di South Lawn Rumah Putih pada hari keempat Konvensyen Republikan di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda