Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak lembu makan ayam cetus gempar

    10 tahunKOLKATA, 9 Mac 2007 – Beratus-ratus orang berkejar ke sebuah kampung di timur India untuk melihat seekor anak lembu jantan yang bertentangan dengan semula jadinya dengan memakan ayam hidup.

    Penternak Ajit Ghosh berkata dia mendapat tahu keganjilan anak lembu itu selepas berpuluh-puluh anak ayam hilang dari kandang kerbau yang digabungkan dengan ayam.

    “Saya merasakan anak lembut itu adalah seekor harimau ketika kelahirannya,”katanya.

    “Kami terkejut melihat anak lembu yang berusia sebulan itu menerkam anak ayam seperti harimau dan memakannya dalam masa beberapa saat.”

    Penguasa polis di negeri Bengal, Barat India berkata beratus, ratus orang mengerumuni ladang di Chandpur itu, dengan doktor haiwan juga dihubungi untuk menyiasat.

    “Jika saya tidak melihat sendiri anak lembu itu memakan ayam, saya tidak akan mempercayainya,” kata Rajesh Kumar Singh.

    Umapati Chaterjee, seorang doktor haiwan di Kolkata, berkata terdapat alasan saintifik bagi keadaan itu.

    “Saya rasa anak lembu itu mengalami pika, penyakit luar biasa berpunca daripada kekurangan garam dan mineral lain,” katanya.

    Di India yang majoritinya adalah beragama Hindu, lembu digambarkan sebagai haiwan suci. Ghosh berkata anak lembunya sekarang dinamakan Lal (merah), warna yang memberikan simbol kekuatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda