Anak Muammar Ghaddafi bertanding calon presiden

TRIPOLI, 14 NOV – Anak kepada diktator Libya, Muammar Ghaddafi, Seif al-Islam Ghaddafi, hari ini mendaftar untuk menjadi calon pilihan raya presiden negara pada Disember, menurut suruhanjaya pilihan raya.

“Seif al-Islam Ghaddafi telah menghantar pencalonan bagi pilihan raya presiden kepada pejabat Suruhanjaya Tinggi Pilihan Raya Kebangsaan di Sebha,” menurut kenyataan daripada suruhanjaya.

Ia berkata Seif telah melengkapkan ‘semua syarat undang-undang yang diperlukan’ dan dia juga mengeluarkan kad pendaftaran undian bagi daerah Sebha.

Pilihan raya presiden Libya julung kalinya, dengan pusingan pertama pada 24 Disember, adalah kemuncak bagi proses yang dilancarkan tahun lalu oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menangani keganasan selama bertahun-tahun sejak pemberontakan yang menggulingkan Muammar Ghaddafi pada 2011.

Libya membukakan pendaftaran untuk calon pada Isnin.

Pada Julai, Seif al-Islam, 49, membuat kemunculan sejak bertahun-tahun dan memberitahu New York Times dia merancang untuk kembali semula dalam bidang politik.

Dalam temu bual, dia menyatakan ingin ‘memulihkan semula perpaduan yang hilang’ di Libya selepas kekacauan selama sedekad dan tidak menafikan pencalonan presiden. – AFP