CHENGDU, 28 SEPT – Sebanyak 13 ekor anak panda, yang kesemuanya dilahirkan di Pusat Perlindungan dan Penyelidikan Panda Gergasi China pada tahun ini, hari ini bertemu dengan orang ramai di pangkalan pembiakan di Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan, barat daya China.
Anak-anak panda tersebut dipegang oleh penjaga dan bergambar di hadapan kamera.
Anak-anak panda itu diletakkan di atas sebuah platform berbentuk seperti meja pingpong yang dihiasi dengan raket pingpong dan bola yang diperbuat daripada kayu dan hem untuk anak panda bermain.
Hiasan itu adalah untuk menyampaikan mengucapkan selamat untuk Kejohanan Pingpong Dunia Berpasukan Chengdu 2020 peringkat akhir yang akan diadakan antara 30 September dan 9 Oktober. – Xinhua