Friday, March 21, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak panda Jepun diberi nama ‘wangian’

     

    Anak panda yang baru diberikan nama Xiang Xiang yang bermakna ‘wangian’. – AFP

    TOKYO, 25 Sept – Seekor anak panda yang lahir di sebuah zoo Jepun tiga bulan lalu telah diberikan nama “Xiang Xiang” untuk membangkitkan imej bunga mekar, gabenor Tokyo Yuriko Koike berkata hari ini.

    Selepas memaparkan satu klip video anak panda dipeluk oleh ibunya Shin Shin, Koike menjelaskan bahawa nama Xiang Xiang diambil daripada karakter Bahasa Cina bermakna ‘wangian’, dipilih daripada 320,000 cadangan daripada orang awam.

    Penamaan Xiang Xiang mengancam untuk membayangi spekulasi kuat Perdana Menteri Shinzo Abe akan meminta bagi satu pilihan raya mengejut. Ia memberikan kelegaan selepas beberapa minggu ketegangan ke atas ujian-ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandu Korea Utara.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda