Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Anak penyu berkepala dua ditemukan

    KUALA TERENGGANU, 2 SEPT – Seekor anak penyu agar berkepala dua yang baharu menetas ditemukan sekumpulan sukarelawan di pusat penetasan penyu di Tanjong Jara Resort di Dungun, Selasa lepas.

    Pengurus Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch di Tanjong Jara Resort Abidah Zaaba berkata anak penyu itu ditemukan semasa sukarelawan sedang memeriksa sarang di tapak projek itu pada hari tersebut.

    ”Mula-mula kita ternampak badan dan kepala anak penyu di celah-celah pasir yang cuba keluar dari sarang, ingatkan penyu biasa. Tapi bila dah keluar seluruh anggota badan, baru perasan rupa-rupanya anak penyu itu mempunyai dua kepala,” katanya kepada pemberita di Dungun, petang semalam.

    Beliau berkata sarang tersebut mempunyai 110 biji telur dan hanya 89 biji yang berjaya menetas termasuk anak penyu yang berkepala dua itu.

    Menurut Abidah, ia adalah penemuan pertama anak penyu berkepala dua yang masih hidup di pusat tersebut sejak ia mula dibuka pada 2016.

    Anak penyu berkepala dua yang ditemui di Tanjong Jara. – Gambar dari laman Facebook Lang Tengah Turtle Watch

    Katanya pada Jun tahun lepas, mereka pernah menemukan anak penyu berkepala dua, namun ia telah mati. Dalam pada itu Lang Tengah Turtle Watch dalam laman rasmi Facebook mereka ketika mengumumkan penemuan anak penyu itu memberitahu kejadian itu dikenali sebagai Dicephalism iaitu sesuatu yang jarang berlaku terhadap penyu.

    Menurut hantaran itu lagi, kedua-dua kepala anak penyu itu berkongsi morfologi yang sama dan bertindak balas secara berbeza kepada rangsangan luar.

    “Walaupun koordinasi pergerakan penyu itu terganggu, kepala kanan jelas dominan. 

    “Sisik muka pada setiap kepala adalah berbeza, bermakna ia boleh dikenal pasti sebagai haiwan berbeza melalui teknik pengenalan gambar,” menurut kenyataan itu.

    Namun, menurut hantaran itu lagi kebiasaannya penemuan luar biasa seperti itu tidak mempunyai jangka hayat yang lama. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...