Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Anak perempuan kritik fesyen Victoria Beckham

    Ikon fesyen, Victoria Beckham yang juga bekas anggota kumpulan Spice Girls mengakui anak perempuannya, Harper pernah mengkritiknya dalam soal pemilihan pakaian.

    Kongsi Beckham, Harper mungkin tidak memahami mengenai cita rasa fesyennya kerana tidak membesar ketika era dirinya sebagai bintang pop terkenal.

    Katanya, Harper juga memiliki sikap yang berlainan dengan kanak-kanak seusianya yang gemarkan berfesyen dan bersolek.

    “Dia bukan salah seorang daripada kanak-kanak masa kini yang gemar keluar dengan muka penuh bersolek dan berdandan dari hujung kaki ke hujung kepala.

    “Baru-baru ini Harper memberikan pandangannya dalam fesyen apabila melihat beberapa keping gambar saya memakai skirt pendek.

    “Ternyata dia tidak boleh menerima dan mengatakan skirt itu terlalu pendek dan agak keterlaluan,” jelasnya.

    Meskipun begitu, Harper tetap menginginkan pakaian Gucci yang pernah dipakai oleh ibunya sekitar tahun 1997 setelah kedua-duanya menonton video mengenai kumpulan Spice Girls. – Agensi

    Harper (kanan) kerap mengkritik pemilihan fesyen ibunya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...