Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Anak perempuan Shaq Barrett mati lemas

    TAMPA, 1 MEI — Anak perempuan kepada pemain pertahanan Tampa Bay Buccaneers, Shaquil Barrett yang berusia dua tahun lemas di kolam renang di rumah keluarga itu kelmarin, kata polis.

    Pegawai polis menerima panggilan sejurus sebelum 9:30 pagi bahawa seorang kanak-kanak telah jatuh ke dalam kolam di rumah Barrett di kawasan kejiranan Beach Park di selatan Tampa. Anak bongsu pemain bola sepak Amerika itu, Arrayah, telah dibawa ke hospital dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

    “Siasatan sedang berjalan,” menurut laporan polis itu. “Ia tidak dipercayai bersifat mencurigakan pada masa ini, tetapi insiden yang tidak disengajakan dan penuh tragis.”

    Barrett, 30, dan isterinya, Jordanna, mempunyai tiga lagi anak.

    “Berita tragis hari ini menyayat hati semua ahli keluarga Buccaneers. Fikiran dan doa kami bersama Shaq, Jordanna dan seluruh keluarga Barrett semasa masa sukar yang tidak dapat dibayangkan ini,” kata Buccaneers dalam satu kenyataan.

    “Walaupun tiada kata-kata yang dapat memberikan keselesaan sebenar pada masa seperti ini,” tambah pasukan itu, “kami memberikan sokongan dan kasih sayang kami ketika mereka mula memproses pemergian Arrayah yang sangat tercinta ini.”

    Barrett, yang sedang pulih daripada kecederaan Achilles yang mengenepikannya pada separuh kedua musim lalu, memasuki tahun kelimanya bersama Tampa Bay selepas menghabiskan empat musim pertama kariernya bersama Denver Broncos. – AP

    Gambar fail bertarikh 27 Oktober 2022 menunjukkan Barrett melihat papan skor semasa perlawanan menentang Baltimore Ravens di Tampa. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...