NEW DELHI, 17 APRIL – Anak Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif Hamza Shehbaz dilantik Ketua Menteri baharu wilayah Punjab meskipun berlaku kekecohan ketika proses pengundian.
Wilayah Punjab didiami lebih separuh daripada 220 juta penduduk Pakistan serta merupakan kunci utama kepada pemerintahan kerajaan persekutuan di Islamabad. Hamza, 47, ketua parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), memperoleh 197 undi daripada 371 ahli parlimen dalam merebut jawatan ketua menteri kelmarin.
Undian diboikot parti bekas perdana menteri Imran Khan, parti Tehreek-e-Insaf (PTI) dan sekutunya. Polis terpaksa campur tangan meleraikan pergaduhan antara penyokong Hamza dan pesaingnya Chaudhry Parvez Elahi.
Chaudhry Parvez mengalami kecederaan dan pemangku speaker dewan Dost Muhammad Mazari turut dikasari dalam kejadian itu. – Bernama