Anak polis dapat keputusan cemerlang diraikan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Murid-murid Taman Didikan Anak-anak Polis Diraja Brunei (PDB) yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik bagi 2019 yang berlangsung di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Pesuruhjaya PDB, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman.

Majlis menyaksikan penyampaian 30 sijil kepujian berserta hadiah kepada pelajar-pelajar yang meraih keputusan cemerlang.

Manakala, 67 lagi menerima sijil penghargaan kerana telah menamatkan sesi persekolahan bagi 2019. Majlis tersebut diserikan dengan persembahan-persembahan tarian dan nyanyian yang ditampilkan oleh murid-murid KG 1 dan KG 2.

Antara murid Taman Didikan Anak-anak PDB yang diraikan pada majlis itu. – Gambar daripada PDB